Power of Words 14 - Renungan



SEBELUM memperolehi isteri cantik, manusia menyangkakan isteri cantik itulah BAHAGIA. 
SELEPAS memperolehi isteri cantik, hati mereka berbisik, "Oh BIASA je".
SEBELUM bergelar jutawan, manusia menjangkakan bahawa memperolehi sejuta ringgit itulah BAHAGIA.
SELEPAS bergelar jutawan, hati mereka berbisik, "Oh BIASA je".
SEBELUM memandu kereta mewah, manusia menjangkakan berkereta mewah itulah BAHAGIA.
SELEPAS memandu kereta mewah, hati mereka berbisik. "Oh BIASA je".

Rupa-rupanya dunia ini hanyalah fatamorgana, tidak pernah selesai apabila dikejar. Benarlah kata pujangga Dr Hamka, "Dunia ini indah SEBELUM ditangan."- Hilmi Isa


No comments:

Post a Comment